Jetour bakal tampil perdana di Malaysia bulan depan — Dashing dan X70 Plus CKD dilancar H2 2024

Jetour bakal tampil perdana di Malaysia bulan depan — Dashing dan X70 Plus CKD dilancar H2 2024

Satu lagi jenama kenderaan dari China akan diperkenalkan di Malaysia, dikenali dengan nama Jetour. Ada dua modelnya yang dijangka akan dipamerkan sempena pengenalan tersebut — Dashing dan X70 Plus. Kedua-dua model berkenaan ketika ini bakal dilancarkan secara rasmi pada suku kedua tahun in dalam bentuk CKD.

Jetour merupakan sub-jenama kepada Chery selain Jaecoo yang sudah berada di Malaysia. Syarikat ini sudah membuka pejabatnya di Malaysia beberapa bulan lalu, dan akan beroperasi secara berasingan daripada Chery Malaysia dengan pasukannya sediri yang khusus — serta akan bersaing juga dengan dua jenama itu.

Dashing merupakan SUV lima-tempat duduk yang menjadi model pertama dibangun menggunakan platform Kunlun daripada pengeluarnya itu. Mempunyai ukuran 4,590 mm panjang, 1,900 mm lebar, 1,685 mm tinggi dan jarak roda 2,770 mm. Saiznya berada di antara Honda HR-V dan CR-V.

Jetour bakal tampil perdana di Malaysia bulan depan — Dashing dan X70 Plus CKD dilancar H2 2024

Di China, ia ditawarkan dengan dua pilihan enjin turbocas petrol empat-silinder sebaris. Yang pertama ialah unit 1.5 liter dengan janaan 156 PS (154 hp atau 115 kW) dan 230 Nm tork yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar enam-kelajuan, pacuan roda depan. Kedua ialah unit 1.6 liter dengan janaan 197 PS (194 hp atau 145 kW) dan 290 Nm, dengan gandingan transmisi DCT tujuh-kelajuan, juga pacuan roda depan.

 

 

SUV ini juga hadir dengan sistem plug-in hybrid i-DM (intelligent-Dual Motor) dan menggunakan enjin 1.5 liter yang sama. Motor elektriknya menghasilkan 170 PS (168 hp atau 125 kW) dan 315 Nm untuk memberikan output keseluruhan sistem sebanyak 326 PS (322 hp atau 240 kW) dan 545 Nm.

Kuasa untuk motor elektrik tersebut dibekalkan oleh bateri lithium ternari berkapasiti 19.27 kWh, yang memberikan jarak elektrik penuh sejauh 80 km mengikut kitaran WLTC. Sama seperi varian bukan PHEV, model i-DM menggunakan pacuan roda depan, tetapi dengan Dedicated Hybrid Transmission (DHT) tiga-kelajuan.

Jetour bakal tampil perdana di Malaysia bulan depan — Dashing dan X70 Plus CKD dilancar H2 2024

X70 Plus pula ialah SUV tiga baris tempat duduk untuk tujuh penumpang. Ia lebih besar berbanding Dashing dengan ukuran 4,749 mm panjang, 1,900 mm lebar, 1,720 mm tinggi dengan jarak roda 2,745 mm. Ini menjadikan saiz CR-V lebih kecil.

SUV besar ini juga datang dengan beberapa pilihan enjin — pertama, 1.5 liter turbocas empat-silinder sebaris petrol dengan janaan 156 PS (154 hp atau 115 kW) dan 230 Nm. Ini digandingkan dengan transmisi manual enam-kelajuan atau DCT pacuan roda depan. Turut ditawarkan ialah unit 2.0 liter turbocas empat-silinder sebaris dengan janaan 254 PS (251 hp atau 187 kW) dan 390 Nm, dengan gandingan 7DCT.

Dashing dan X70 Plus dipilih untuk diperkenalkan di Malaysia kerana ia sudah tersedia dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) yang ketika ini sudah dipasang dan dijual di Indonesia. Kemudian, model T2 (atau Traveller) turut dijangka akan dibawa masuk.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Source link